17 Januari 2010

Abah ada topi baru untuk Ilyaas...


Tak sangka pulak harga topi keledar untuk kanak-kanak sama dengan harga topi keledar untuk orang dewasa.

Ingatkan kalau saiznya lebih kecik, maka harganya pun, lebih kecikla kan... tapi formula matematik sendiri bikin tersebut ternyata meleset sama sekali.

Jadi perancangannya di sini, sebelah pagi, mak akan hantar Ilyaas ke rumah Mak Lang, lepas tu Mak Lang hantar Kakak Humaira' dan Ilyaas ke tadika atau mak hantar Ilyaas terus ke tadika.

Sebelah petang pula, kalau hari tak hujan, abah jemput Ilyaas balik rumah naik motor. Kalau hujan, Mak Lang ambil Ilyaas sekali balik rumah dia, lepas tu mak atau abah ambil Ilyaas di sana.

Ilyaas macam dah pepaham je kalau naik motor mesti pakai topi keledar. Jadi, tak ada masalah seperti Ilyaas mengamuk tak nak pakai topi keledar ke apa. Tambah pulak di topi keledar tu ada gambar kartun, lagilah Ilyaas memakainya dengan bangganya.

Topi keledar Ilyaas yang berwarna kuning macam dalam gambar tu, adalah pilihan Ilyaas 100% tanpa ada sebarang faktor luar yang mempengaruhi plihannya. Walaupun ada topi keledar lain yang sama juga menariknya, Ilyaas tetap nakkan topi keledar kuning tu. Sekurang-kurangnya anak abah ni tahu dan yakin dengan kemahuan diri.

Cuma setiap kali jemput Ilyaas balik, Ilyaas macam dahaga yang amat sangat. Bila sampai rumah, berkali-kali Ilyaas minta air kosong sejuk untuk Ilyaas minum. Rupa-rupanya Ilyaas tak minum dari botol air yang mak bekalkan untuk Ilyaas semasa di tadika. Abah pun kalau seharian tak minum (macam puasa la), sebotol air mineral besar tu pun abah boleh habiskan.

Ilyaas niiiii.....

Tiada ulasan: