17 Januari 2010

Happy CNY!

Seperti biasa, perayaan-perayaan di negara Malaysia ini akan lebih awal disambut oleh pasar raya-pasar raya. Ia bukanlah satu kepelikan memandangkan perayaan dan pasar raya membawa satu kalimah yang sama - RAYA!

Anak-anakku sempat bergambar bersama 'Tok Harimau' sebelum meneruskan misi membeli Susu Fernleaf 3+ perisa coklat untuk Ilyaas di Carrefour Kepong.

Bisul di betis Amirah


Semalam ke klinik, kes Amirah ada bisul dibetis. Suhu badan Amirah pun suam-suam macam nak demam.

Doktor kata, Amirah kena jangkitan kuman. Bisul tu pula adalah cara kuman tersebut memanifestasikan dirinya ke alam nyata.

Oleh itu, doktor dengan baik hatinya membekalkan ubat sapu untuk bisul, ubat antibiotik dan ubat demam buat santapan Amirah.

Si abang ni pun bukan main dia... diri sendiri pun begitu payah nak makan ubat, bersungguh-sungguh pulak dia suruh adiknya makan ubat. "Dek Not.. makanlah ubat"

Abah ada topi baru untuk Ilyaas...


Tak sangka pulak harga topi keledar untuk kanak-kanak sama dengan harga topi keledar untuk orang dewasa.

Ingatkan kalau saiznya lebih kecik, maka harganya pun, lebih kecikla kan... tapi formula matematik sendiri bikin tersebut ternyata meleset sama sekali.

Jadi perancangannya di sini, sebelah pagi, mak akan hantar Ilyaas ke rumah Mak Lang, lepas tu Mak Lang hantar Kakak Humaira' dan Ilyaas ke tadika atau mak hantar Ilyaas terus ke tadika.

Sebelah petang pula, kalau hari tak hujan, abah jemput Ilyaas balik rumah naik motor. Kalau hujan, Mak Lang ambil Ilyaas sekali balik rumah dia, lepas tu mak atau abah ambil Ilyaas di sana.

Ilyaas macam dah pepaham je kalau naik motor mesti pakai topi keledar. Jadi, tak ada masalah seperti Ilyaas mengamuk tak nak pakai topi keledar ke apa. Tambah pulak di topi keledar tu ada gambar kartun, lagilah Ilyaas memakainya dengan bangganya.

Topi keledar Ilyaas yang berwarna kuning macam dalam gambar tu, adalah pilihan Ilyaas 100% tanpa ada sebarang faktor luar yang mempengaruhi plihannya. Walaupun ada topi keledar lain yang sama juga menariknya, Ilyaas tetap nakkan topi keledar kuning tu. Sekurang-kurangnya anak abah ni tahu dan yakin dengan kemahuan diri.

Cuma setiap kali jemput Ilyaas balik, Ilyaas macam dahaga yang amat sangat. Bila sampai rumah, berkali-kali Ilyaas minta air kosong sejuk untuk Ilyaas minum. Rupa-rupanya Ilyaas tak minum dari botol air yang mak bekalkan untuk Ilyaas semasa di tadika. Abah pun kalau seharian tak minum (macam puasa la), sebotol air mineral besar tu pun abah boleh habiskan.

Ilyaas niiiii.....

Pentadikaan Ilyaas


Belum lagi cukup umur Ilyaas 4 tahun, Ilyaas dah masuk tadika. Abah dulu masuk tadika masa umur abah 6 tahun, itupun tak 'graduate' pasal berjangkit kena demam campak dengan budak tadika lain, terus fobia nak masuk balik tadika untuk meneruskan pengajian hingga tamat.

Seperti yang telah mak dan abah duga, pada hari pertama Ilyaas di Tadika An-Najaah, Bandar Baru Selayang, Ilyaas mengalami kesukaran untuk berpisah dan ditinggalkan ditempat yang baru. Segala usaha untuk memujuk rayu dan menarik minat Ilyaas untuk turut duduk bersama kanak-kanak yang lain, ternyata amat menggagalkan sekali. Namun, tindakan nekad harus diambil...

Hari pertama, Ilyaas menjadi penunggu setia di muka pintu dengan tangisan dan esakan yang seakan ketiadaan penghujungnya, mengharapkan mak atau abah muncul untuk membawa Ilyaas pulang.

Makan minum diabaikan... malah aktiviti kesukaan Ilyaas, iaitu bermain, pun turut tergendala seharian. Sehinggalah mak muncul semula di penghujung hari pertama pentadikaan Ilyaas, lalu membawa Ilyaas ke restoran McD's yang berhampiran, hanya untuk menyaksikan Ilyaas yang kelaparan, menjamah mesra dengan penuh keseleraan menghabiskan segala makanan yang dipesan.

Hari kedua, agak lebih baik dari sebelumnya, bilamana Ilyaas masih lagi menangis apabila mak menghantar Ilyaas ke tadika. Tetapi Ilyaas tidak lagi menjadi model yang menghiasi muka pintu pada hari kedua ini. Tempat Ilyaas digantikan pula dengan seorang kanak-kanak yang tidak abah kenali. Ilyaas sudah boleh duduk diam di sebelah dalam, tetapi masih belum duduk bersama dalam satu kelas dengan kanak-kanak lain untuk belajar. Hari kedua ini juga menyaksikan bagaimana seorang guru boleh memakaikan kain lampin pakai buang Ilyaas secara terbalik.

Hari ketiga, Alhamdulillah, Ilyaas sudah boleh menerima persekitaran Ilyaas yang baru. Ilyaas juga sudah boleh menjamah hidangan tengahari yang disediakan.

Dan hari-hari yang seterusnya, Ilyaas masih belum ada keinginan untuk duduk belajar bersama kanak-kanak yang lain. Ilyaas menjadi penunggu setia di satu ruang pemisah yang Ilyaas ciptakan sendiri.

Ketika kanak-kanak lelaki dan perempuan diasingkan tempat makan masing-masing, Ilyaas tanpa segan silu makan bersama kakak sepupu Ilyaas, Kak Humaira'. Tak mengapalah... yang penting Ilyaas mesti makan.

29 November 2009

Kenduri Kahwin di Kota Damansara

Pulang dari Kuala Kangsar, terus ke Dewan Komuniti Seksyen 7, Kota Damansara untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada seorang rakan.

Suap apa saja...


Apsal memasing ni nak jadi model tayang makanan pulak nih...


27 November 2009

Sepetang di Taman Rekreasi Kuala Kangsar

Banyak permainan yang disediakan di Taman Rekreasi Kuala Kangsar ini tetapi kebanyakannya sudah boleh dikatakan usang.





24 November 2009

Ilyaas terlelap


Dengan hanya 'berbantalkan' bahunya, Ilyaas terlelap ketika menonton cerita Ben 10.